Perak Hari Ini

“Gerbang Hartanah Perak 2015” Ruang Interaksi Untuk Pembangunan Negeri

IPOH: Konvensyen Pentadbiran Tanah negeri Perak “Inovasi Dan Penguatkuasaan Dalam pentabiran Tanah” Dan Gerbang hartanah Perak 2015 merupakan ruang bagi berkongsi pandangan dan memberi kefahaman buat pelbagai pihak berhubung urusan tanah di negeri ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berlangsung selama dua hari bermula esok sehingga 30 Ogos bertempat di Amanjaya Convention Centre Hotel Casuarina@meru di sini.

Program tersebut merupakan anjuran Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG)

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Konvensyen diadakan adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak yang berkepentingan ataupun tidak dalam mewujudkan satu proses interaksi yang berkesan.

Tambahnya lagi, ianya juga ruang bagi membincangkan permasalahan yang timbul serta  usaha untuk melaksanakan proses ikatan dan kerjasama dengan semua pihak melibatkan hartanah dan pembangunan.

PERAKTODAY3

“Kerajaan Negeri Dalam usaha memperbaiki perkhidmatan dalam PTG dan telah mencapai beberapa kejayaan yang membanggakan seperti masalah tunggakan sebelum ini wujud dan setakat ini telah berjaya diselesaikan.

“Kita menggunakan pendekatan inovatif bagi membaiki perkhidmatan dan sistem penyampaian dalam PTG,” katanya.

Terdahulu, turut berlangsung pelancaran Kiosk Interaktif Pentadbiran Tanah dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan atas talian antaranya seperti bayaran cukai, semakan kutipan dokumen hakmilik baru/urusniaga (IQRAMs), semakan permohonan kebenaran pindahmilik dan aduan rakyat.

PTG juga turut memperkenalkan beberapa inovasi dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menampilkan lima produk antaranya seperti sistem eBenar online, self, Access Tickecting counter (SATC), sistem eLMS dan pendaftaran Hakmilik baru dalam tempoh satu hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");