Perak Hari Ini

Guna Pendekatan Baharu Untuk Dekati Gen Y – TPM

BERUAS: Pemimpin serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) disaran supaya harus menumpukan perhatian dalam mendapatkan sokongan daripada generasi Y atau golongan muda dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,dianggarkan sebanyak lima juta pengundi baharu dikalangan generasi Y yang bakal bergelar hakim dalam ‘mahkamah rakyat’ untuk memilih kepimpinan negara kelak.

Ujarnya, kombinasi antara generasi Y dan X adalah penting kerana permasalahan generasi Y kini bukan mahu lagi bernolstagia mengenai apa yang telah dilakukan oleh generasi X tapi golongan muda menginginkan sesuatu buat mereka kelak.

PERAK TODAY 4

“Kita sebagai pemimpin perlu perhatian kepada generasi Y yang kini mempunyai latar belakang pendidikan berbeza dengan kita, minda juga berbeza, citarasa berbeza.

“Kita juga bukan mahu mengenepikan generasi X,  tetapi kita tidak boleh lari daripada memberi perhatian kepada generasi Y,” katanya lagi.

Beliau turut menyarankan supaya semua para pemimpin menyimpan kaedah pendekatan lama (kaedah konvensional) dan bertindak menyesuaikan diri dengan kaedah berkomunikasi mengikut citarasa generasi Y.

“Kalau tidak kita tidak akan relevan kalau kita tidak melakukannya jadilah generasi ganga negara, muzium pun tiada, tapak pun tiada lagi.. hanya tinggal kenangan,” katanya.

PERAK TODAY 1

Ujar Zahid lagi, pendekatan politik dan pentadbiran UMNO dan BN kini harus berbeza dan bersesuaian dengan peredaran teknologi yang semakin canggih supaya terus relevan.

“Dahulu kita belajar mungkin dengan papan hijau atau kapur, sekarang ini mereka (Gen Y)  menggunakan kaedah berbeza dengan komputer riba, telefon pintar.

“Penyampaian kita hanya boleh sampai 30 peratus sahaja kepada rakyat yang menjadi hakim kepada mahkamah manakala pembangkang menggunakan 87 peratus kaedah matedologi untuk mendekati sasaran bukan dengan komunikasi lisan dengan teknologi baharu,” katanya lagi.

Tegasnya lagi penyampaian kepada generasi Y juga perlu menggunakan kaedah yang jelas, dan cuba mendekati pengundi baharu dengan menggunakan teknologi moden.

Beliau turut memberi saranan buat setiap jentera UMNO dan BN, supaya perlu terus memupuk perpaduan yang menjadi keutamaan dalam mengukuhkan parti keramat itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");