Membawang Hari Ini

Impian tercapai di Bora Bora

Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha akhirnya berpeluang merealisasikan impian berbulan madu di Pulau Bora Bora di Selatan Pasifik awal Ogos lalu.

Hairul ketika dihubu­ngi memaklumkan keseronokan yang dikecapinya dan isteri tercinta sukar dizahirkan dengan kata-kata.

“Syukur impian kami jadi kenyataan. Hampir dua minggu kami berada di sana bagi menghabiskan masa berdua. Susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya kami ketika di sana.

“Tiada gangguan, malah kami manfaatkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti menari dan mencabar termasuk memancing dan selam skuba,” kata Hairul ketika dihubungi.

Menurutnya, panorama pulau jajahan Perancis itu cukup memukau panda­ngan. Tidak hairan me­ngapa ia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

“Layanan kakitangan di situ pun terbaik, malah mereka sangat mesra. Kami berdua langsung tak jemu berada di sana.

“Hanis pun turut melakukan aktiviti lasak kerana dia sukakan cabaran.

“Kami berasa sangat tenang dan langsung tidak memikirkan urusan karier. Apabila pulang ke tanah air, kami kembali fokus dengan kerja masing-masing,” katanya yang akan melancarkan bisnes baju di bawah jenama Maled.

Guna duit sendiri

Ramai terpegun melihat gambar percutian menarik pasangan ini di laman Instagram Hairul. Destinasi percutian mewah itu bukan murah harganya, malah ketika dipujuk Hairul enggan mendedahkan jumlah sebenar dan meminta peminat mencarinya sendiri di Internet.

“Kami tak ditaja langsung sebaliknya menggunakan duit sendiri. Ini ‘upah’ terhadap kerja keras saya selama ini.

“Saya bukan orang yang boros dan suka keluar ke sana sini. Setiap sen yang diperoleh saya simpan,” katanya.

Peminat pasangan artis ini boleh mengikuti cerita lanjut bulan madu di Bora Bora menerusi ZIP edisi September. Selain himpunan foto turut dimuatkan paparan video menarik pasangan ini.

Ia boleh dimuat turun dengan menaip zip emagazine dari AppStore atau Google Play Store ke telefon pintar dan tablet secara percuma.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");