Berita Hari Ini

Isu SPRM: “Jangan Sampai Rakyat Tidak Percaya Kerajaan, Umno”

PETALING JAYA: Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan pertukaran secara tiba-tiba dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia boleh menghilangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan Umno.

Naib Presiden Umno yang digugurkan daripada Kabinet dua minggu lalu itu berkata, perpindahan itu menimbulkan kesangsian di kalangan umum kerana SPRM masih menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mengapa tiba-tiba dua pegawai SPRM ditukar dalam siasatan 1MDB masih dijalankan? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesai siasatan? Adakah kerajaan sendiri tidak mahu kebenaran tertegak,” soalnya menerusi kenyataan pada Ahad.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, persoalan ini jika tidak dijawab dan dijelaskan akan menambahkan lagi defisit kepercayaan kepada kerajaan yang sudah hilang sekarang ini.

Pada Jumaat, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik suruhanjaya itu, Datuk Rohaizad Yaakod ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta merta.

Kata Shafie lagi, tindakan memindahkan pegawai SPRM itu juga memberikan persepsi umum tidak baik kepada sebuah kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan berintegriti.

Sehubungan itu, beliau menambah, kerajaan perlu memberi penjelasan yang rasional dan telus mengenai tindakan pemindahan pegawai SPRM bagi mengelakkan rasa sangsi dan tidak puas hati dikalangan rakyat.

“Kerajaan mempunyai tanggungjawab menghentikan kemelut campur tangan dalam agensi pencegah rasuah.

“SPRM sebagai sebuah badan bebas perlu diberikan kebebasan dan tidak dihalang daripada menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka, manakala sebuah kerajaan yang memegang amanah dan tanggungjawab rakyat perlu mentadbir dengan penuh keikhlasan dan berintegriti,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");