Jenayah

Jalan licin punca nahas 11 kenderaan

TAIPING: Keadaan jalan licin selepas hujan lebat dipercayai menjadi punca berlakunya kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 230.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, pemandu dan penumpang yang menaiki kereta jenis Proton Wira tersepit ditempat duduk mereka selepas melanggar belakang lori dalam nahas berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.32 petang.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, seorang lelaki berusia 70 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan manakala, pemandu Proton Wira, seorang wanita berusia 32 tahun berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Anggota menggunakan Rescue Tool dan Ram bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah berkata, nahas itu membabitkan sembilan kereta, sebuah jip dan sebuah lori.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta telah terlanggar belakang kereta di hadapannya seterusnya melanggar sembilan kenderaan lain termasuk lori dan jip (melanggar sesama sendiri).

“Dipercayai kemalangan itu berlaku akibat jalan licin selepas hujan lebat manakala keadaan lokasi nahas pula menuruni bukit,” katanya.

Beliau berkata, saman dikeluarkan kepada semua kenderaan yang terlibat mengikut Perkara 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 166/59.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");