Perak Hari Ini

Jemputan Terhadap Muhyiddin, Shafie Apdal Tidak Wajar Dibatalkan – Abdul Rahman

PASIR SALAK: Jemputan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk hadir kemana-mana majlis di peringkat bahagian tidak wajar dibatalkan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh peringkat bahagian berikutan mereka masih mempunyai jawatan dalam kepimpinan UMNO

“Saya rasakan kalau jemputan tersebut telah dibuat, Tan Sri Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden dan Datuk Seri Shafie Afdal juga merupakan Naib Presiden.

“Saya rasa tidak begitu wajar kalau tidak dijemput.. Agak janggal,” katanya.

Beliau berkata, amanat yang hendak dibawa oleh kedua-dua pemimpin tersebut merupakan perkara penting yang boleh diterima selagi ianya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh parti.

“Yang penting adalah ucapan-ucapan mereka itu tidak melanggar tatasusila, budaya orang UMNO dan tidak terlalu negatif serta sebagai memperkasakan lagi UMNO,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir peringkat bahagian UMNO yang membatalkan jemputan terhadap kedua-dua pemimpin tersebut di saat-saat akhir.

Ujarnya, kedua-dua pemimpin tersebut seharusnya masih lagi wajar menerima jemputan dalam sesuatu majlis yang dianjurkan oleh parti UMNO sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri.

7

Sementara itu, beliau turut telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak.

Turut hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Majlis yang telah berlangsung bermula jam 9 pagi tersebut bertempat di Dewan Felcra Changkat Lada di sini, telah menghimpunkan lebih 200 ahli Pergerakan Wanita UMNO di Bahagian Pasir Salak.

Beliau turut menyampaikan amanat kepada kesemua ahli yang hadir dan memberikan semangat kepada mereka agar terus bersatu padu demi kepentingan parti UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");