Perak Hari Ini

Jentera UMNO, BN Disaran Guna Pentadbiran Moden

BERUAS: Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menguruskan pentadbiran moden seperti senarai semakan dan tindakan susulan serta tarikh susulan dalam memastikan parti keramat itu terus relevan.

Menurut Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepimpinan atasan perlu mengambil berat mengenai golongan sekelilingnya.

“Kalau kita duduk diatas, tolong jangan jadi pemimpin bermusim,” tegasnya ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, kepimpinan kini perlu mempunyai kolaborasi antara kumpulan sasaran akar umbi agar parti UMNO terus memerintah dan dapat sokongan dapat rakyat dan terus relevan.

PERAK TODAY 3

“Kolaborasi bukan hanya dengan pidato tetapi harus diterjemahkan dengan perlaksanaan senarai semakan dan tindakan susulan harus dilakukan.

“Harus ada tarikh sasaran, parti dan kerajaan perlu diuruskan kini dengan pentadbiran moden iaitu parti harus diurus dengan pengurusan moden bukan hanya idea tetapi juga daripada tindakan susulan,” katanya lagi.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Abdul Manaf Hashim.

Tambahnya lagi, rakyat merupakan sokongan dan dokongan dan juga merupakan hakim kepada mahkamah rakyat iaitu mahkamah yang menghakimi kerajaan yang ada kini.

“Kita dalam UMNO dan BN ketepikan pandangan dan perbezaan pendapat yang ada dan paling penting adalah bersatu dan merampas kembali kerusi yang telah kecundang selama ini,” ucapnya lagi.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");