Isu Panas

Kerabat Diraja Terengganu Umum Keluar PAS

KUALA TERENGGANU: Tengku Ibrahim Ismail yang menyertai PAS pada 2012 bertindak keluar dari parti itu dengan menyifatkan parti Islam tersebut “telah hilang arah”.

Tengku Ibrahim yang merupakan ahli biasa PAS dan bapa saudara kepada Sultan Terengganu berkata, keputusannya untuk keluar dari parti berkenaan berikutan perbalahan dalaman parti dan konflik dengan sekutunya, PKR dan DAP.

“Ideologi parti politik di Malaysia, terutama PAS, sudah hilang arah. Ketika Umno dan parti-parti politik lain tidak melakukan dengan baik, PAS gagal untuk mengambil kesempatan terhadap keadaan itu.

“Malah, ia terperangkap dalam konflik dan perbalagan dalaman antara sekutunya sendiri. Ia gagal untuk merampas peluang bagi memperkukuhkan parti,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu Buruk.

Tengku Ibrahim berkata, PAS menunjukkan sikap tidak matangnya apabila ia mengatakan bahawa akan berdiri sendiri tanpa sokongan parti sekutunya,

“Saya percaya kepimpinan tertinggi dalam PAS telah hilang arah dan keazamannya untuk memperkukuhkan parti menerusi ketegangan antara pihak ulama dan golongan profesional,” katanya.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau akan menunggu keadaan iklim politik sebelum memutuskan langkah seterusnya yang perlu diambil.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");