Perak Hari Ini

Kilang Belacan, Bawang Goreng Diarah Tutup

BAGAN SERAI: Sebuah kilang pemprosesan belacan dan sebuah kilang pemprosesan bawang goreng, kacang goreng dan kerisik di sini, diberi notis supaya ditutup selama 14 hari berikutan melanggar beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

PERAK TODAY 2

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juwita Ghazali berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati kedua-dua kilang tersebut tidak bersih dan tidak menepati piawaian Jabatan Kesihatan.

“Kita dapati bahawa kilang ini tidak bersih dimana keperluan-keperluan dari segi penyimpanan bahan-bahan mentah, guni-guni belacan yang dibawa daripada Indonesia diletak di atas lantai dalam keadaan yang tidak bersih.

“Dari segi pemprosesan, pengendali yang membuat belacan itu tidak mengikuti latihan yang sepatutnya dan tidak mendapat suntikan selain daripada pakaian yang tidak bersih. Peralatan yang digunakan juga amat tidak memuaskan,”katanya.

PERAK TODAY 10

Beliau ditemui selepas menjalankan Operasi Premis Kilang Makanan 2015 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan yang turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Daerah Kerian dan juga Majlis Daerah Kerian, disini, hari ini.

Juwita turut berkata, hasil pemeriksaan pihaknya turut mendapati kilang belacan tersebut turut melakukan proses pembungkusan bagi syarikat lain.

Manakala bagi kilang pemprosesan bawang goreng, kacang goreng dan kerisik pula, pemilik kilang berkenaan turut melanggar beberapa peraturan yang telah ditetapkan.

PERAK TODAY 8

“Pusat pemprosesan sangatlah kotor, alat-alat yang digunakan kotor. Dan kita dapati air yang digunakan di kilang nini bukanlah dari jabatan bekalan air.

“Kedua-dua kilang ini diberi notis selama 14 hari supaya ianya ditutup dan mereka dilarang melakukan sebarang aktiviti pemprosesan,”ujarnya.

PERAK TODAY 1

Juwita turut berkata, notis yang diberikan ini memberi peluang kepada pemilik kilang untuk memperbaiki keadaan kilang tersebut.

“Selepas 14 hari, kita akan datang semula dan sekiranya berpuas hati, kita akan benarkan mereka untuk buka semula. Sekiranya kita tidak berpuas hati, kita akan keluarkan kompaun,”katanya.

Kedua-dua hasil kilang tersebut menyediakan produk untuk pasaran tempatan.

PERAK TODAY 5

Sehingga Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan Perak telah melakukan pemeriksaan ke atas 6667 premis dan 369 buah kilang.

Sebanyak 35 premis dan 15 buah kilang telah diarahkan supaya ditutup dengan jumlah kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM67,190.

PERAK TODAY 6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");