Perak Hari Ini

Kompleks Renang MBI Ditutup Sementara

IPOH: Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menutup Kolam Renang MBI untuk tujuan menaiktaraf tandas dan bilik persalinan di kompleks renang tersebut.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, operasi menaik taraf itu akan mengambil masa selama tiga bulan.

“Kerja menaik taraf itu akan bermula pada 5 Ogos ini dan dijangka tamat pada 31 Oktober tahun ini,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Selain itu, MBI juga telah memperuntukkan sebanyak RM1,012,000 untuk menaiktaraf Lebuh Meru Indah, dan RM1,433,930 untuk Jalan Panglima Bukit Gantang.

Manakala bagi Jalan Sultan Nazrin Shah pula, MBI memperuntukkan sebanyak RM1,315,000 bagi tujuan yang sama.

Orang awam yang mempunyai pertanyaan, boleh menghubungi Jabaran Pembangunan Masyarakat MBI di talian 05 242 2743.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");