Jenayah

Lapan GRO Thai ditahan

BANDA HILIR – Lapan wanita warga Thailand yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan sepasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen di sebuah kelab di Melaka Raya, di sini dalam satu operasi dikenali sebagai Ops Sayang, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, kesemua mereka sedang leka melayan pelanggan yang baru masuk ke kelab berkenaan sehingga tidak menyedari kehadiran penguatkuasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek berkata, kesemua mereka ditahan berusia antara 25 dan 40 tahun.

“Oleh kerana terlalu leka melayan pelanggan, ada di antara mereka terkejut dan terus melarikan diri dalam keadaan agresif, namun berjaya dicekup.

“Kesemua ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan di negara ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan itu dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah untuk tindakan lanjut.

Operasi selama dua jam bermula jam 12.30 hingga jam 2.30 pagi itu melibatkan 10 orang anggota imigresen.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");