Perak Hari Ini

Mansuhkan Sistem Pendaftaran Dalam Pemilihan Parti

BATU GAJAH: UMNO Bahagian Batu Gajah mengusulkan supaya Sistem Pendaftaran untuk ahli-ahli UMNO bertanding mengisi jawatan tertinggi dari peringkat Presiden hingga ke Ahli Jawatankuasa (AJK) peringkat cawangan dihapuskan.

Ketuanya, Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim berkata, usul yang dicadangkan ini adalah untuk memperbetulkan cara pemilihan parti di masa akan datang.

“Pemilihan parti yang telah lalu ini saya rasa tak berapa sesuai. Sistem Pendaftaran ini membenarkan ahli-ahli UMNO, asalkan dia ahli UMNO, dia boleh daftar untuk bertanding termasuklah peringkat Presiden parti.

“UMNO Batu Gajah mencadangkan ianya dihapuskan dan balik ke asal iaitu memilih melalui Sistem Pencalonan di mana calon hendaklah dicadangkan dari cawangan,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian UMNO Bahagian Batu Gajah, petang tadi.

3

Katanya lagi, sistem pemilihan itu perlu diselesaikan sebelum Perhimpunann Agung UMNO yang akan datang.

“Kalau tak buat sekarang, kita tak punyai banyak masa. Jangan fikirkan perkara yang lain sahaja,”tegasnya.

Yusoff turut mengulas tentang isu tindakan disiplin yang diutarakan oleh Datuk Seri Azalina Othman dan Ab Aziz Kaprawi yang perlu dikenakan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“UMNO Bahagian Batu Gajah tidak bersetuju dengan memecat Timbalan Presiden. Kalau pecat, ianya akan menyebabkan UMNO berpecah.

“Jangan sebab kita tak suka seseorang itu, kita nak menghukum mereka. Dalam parti, tak boleh ada komplot,”tegasnya.

Katanya lagi, setiap UMNO bahagian berhak untuk menyokong sesiapa sahaja, namun selepas itu, mestilah berbaik-baik semula.

“Kita nak sokong siapa, kita sokong…lepas dari itu, kita bertaut balik,”katanya.

Beliau turut mengulas tentang beberapa UMNO Bahagian yang membatalkan jemputan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian.

“Saya setuju dengan beberapa Menteri Besar, terserah pada UMNO Bahagian untuk menjemput Muhyiddin atau Shafie untuk merasmikan mesyuarat bahagian.

“Dia adalah Timbalan Presiden UMNO. Bukan nak tunjuk kita panggil dia sebab kita sokong, kita hormat dia sebagai Timbalan Presiden,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");