Membawang Hari Ini

Maya, Hans serasi bersama

DUA figura hebat dalam industri hiburan bernama Maya karin dan Hans Isaac ini diketahui umum sebagaisahabat lebih sedekad. Ironinya, setelah sekian lama berkawan, inilah kali pertama digandingkan dalam sebuah filem berjudul Nota, yang akan menemui penonton, 13 Ogos ini.

Mengakui teruja berlakon bersama Hans, Maya berkata, tidak susah untuk bekerjasama dengan orang yang beliau kenali dalam industri.

“Kami senang berlakon bersama. Terus-terang dalam filem ini tidak memerlukan kami menonjolkan keserasian bersama. Ini kerana saya memegang watak seorang isteri bernama Erin yang mempunyai masalah dalam rumah tangga.

“Hanya ada beberapa babak yang memerlukan kami beraksi mesra. Selebihnya tak bercakap dan tak ambil tahu antara satu sama lain,” kata Maya pada majlis pra tonton filem itu bersama media, baru-baru ini.

Bagaimana pun, pasangan ini pernah bekerjasama dalam pementasan teater bertajuk Supermokh arahan Hans. Diarahkan oleh warga Jepun, Yasu Tanaka, Nota adalah filem psikologi thriller yang mempersembahkan Hans (Kamal) dan Maya (Erin) sebagai pasangan suami isteri yang sedang mengalami krisis hubungan.

Naskhah ini lebih menjurus kepada watak Maya yang berdendam dengan si suami setelah mendapati beliau dikhianati pada waktu dia sedang berusaha memulihkan hubungan sempena ulang tahun ke sepuluh perkahwinan mereka.

Boroikan perut- Hans

Sementara itu, Hans berkongsi bahawa dia sepatutnya membintangi dua projek sebelum ini bersama Maya, namun tidak menjadi kenyataan atas sebab tertentu.

Bagaimana pun, setelah ditawarkan naskhah Nota oleh Tanaka yang juga sahabatnya, pelakon berusia 43 tahun ini merasakan Nota sebagai skrip yang sempurna untuk perkongsian lakonan sulungnya bersama Maya.

“Skrip ini adalah tepat untuk Maya dan saya, dan saya tahu dia boleh menjalankan peranan utama. Saya kata pada Maya, kita kena natural. Kurangkan make up dan saya perlu kelihatan tidak terurus untuk menggambarkan bahawa rumah tangga kami bermasalah.

“Saya makan banyakbanyak nak bagi perut boroi. Dekat set saya dan Maya banyak buat hal masing-masing. Lepas berlakon dia balik bilik dia sebab hotel kami berasingan dan saya balik bilik saya,” katanya.

Menjalani penggambaran di kawasan pedalaman Sarawak, dengan sebahagian besar adegan dirakamkan di Taman Nergara Bako, Hans berkata, itulah cabaran besar yang perlu dihadapi
mereka.

“Saya sebenarnya lebih kasihankan kru. Mereka bekerja lebih untuk menjayakan filem ini. Pelakon tak ada susah sangat sebab kami ada tempat yang selesa, tapi kru kena buat macammacam.

Saya faham situasi mereka,” jelasnya. Hans berkata, meski pun berkawan baik dengan pengarah, dia sama sekali tidak terlibat dalam proses pemilihan pelakon, sebaliknya ia keputusan Tanaka
seorang. Hans berkongsi bahawa dia pada mulanya menolak tawaran Tanaka kerana jadualnya yang padat, namun setelah disesuaikan dengan masa, Hans akhirnya menerima projek tersebut.

Nota mengisahkan Kamal dan isterinya Erin melalui hubungan yang semakin buruk kerana kegagalan untuk mendapatkan zuriat meski pun telah mencuba. Kecewa dan mahu menyelamatkan perkahwinan, mereka memutuskan untuk kembali ke tempat di mana mereka mula-mula jatuh cinta.

Dalam perjalanan di sana, Erin menemui nota ditulis oleh Kamal yang menjadikan dia curiga di atas sebab percutian itu lalu dia menjalankan suatu rancangan pembunuhan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");