Panasnya Hari Ini

Melayu Akan Bangsat Sekiranya Najib Terus Berkuasa – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bangsa Melayu akan bangsat dan berpecah sekiranya terus dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassam berkata, Najib harus disingkirkan bagi mengelakkan bangsa Melayu berpecah.

“Sekiranya Najib Tun Razak syok dan angau sendiri, selagi itulah UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan goyah. Imej Najib terlalu teruk masakini.

“Beliau (Najib) buatlah apa sekalipun untuk menipu dan memperbodohkan rakyat jelata, namun keseluruhan warganegara kita tidak boleh diperbodohkan lagi oleh beliau,”katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau, Khairuddin Abu Hassan.

Tulisnya lagi, UMNO dan BN akan kembali kuat sekiranya Presiden UMNO itu berundur secepat mungkin dan ianya akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN.

“Tanpa Najib, Melayu serta keseluruhan bangsa di Negara kita akan bersatu kerana masakini kita sedang hadapi krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dengan begitu teruk sekali dalam salasilah sejarah politik tanahair.

“Rakyat bukan saja hilang keyakinan tetapi tidak percaya lagi kepada kepimpinan mahupun keperibadian Najib Tun Razak,”tegasnya.

khairuddin

Tambahnya lagi, kerajaan pada masakini telah menyalahgunakan kuasa terutama untuk melindungi kes 1Malaysia Development Berhad.

“Perkembangan mutakhir peguam Negara baru yang haprak tubuh pasukan khas ‘task force’ tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dipilih menganggotainya. Kenapa begitu?

“Nak siasat pasal penyelewengan kewangan dan rasuah, tetapi SPRM tidak dipilih menanggotai ‘task force’ baru ini. Apa peguam Negara ingat rakyat bodoh tak boleh fikir tentang perbuatan mungkar mereka ini untuk menutup salahlaku penyelewengan mahupun skandal 1MDB?”soalnya.

Ujarnya, beliau tidak berjuang untuk menjatuhkan kerajaan tetapi perjuangan beliau adalah untuk menegakkan kebenaran, membanteras amalan rasuah seterusnya menyingkirkan mana-mana tokoh pemimpin korup iiatu terlibat dalam kes penyelewengan.

Beliau turut melahirkan rasa sedih beliau apabila melihat ada pemimpin-pemimpin UMNO yang cuba tindakan dengan menegakkan benang yang basah.

“Saya sedih melihat ramai daripada pemimpin-pemimpin UMNO dah jadi bodoh serta bangang bila mereka cuba nak menegakkan benang yang basah.

“Kepada semua pemimpin UMNO dari kategori ini, saya secara jujur dan ikhlas ingin menasihatkan mereka agar cepat insaf serta takutlah kepada Tuhan, bukan takut sesama manusia yang mungkar,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");