Berita Hari Ini

PAC Tidak Boleh Dedahkan Laporan Interim – Pandikar

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perbuatan itu akan melanggar Perintah Tetap Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pada Selasa, PAC mengumumkan hasratnya untuk mendedahkan laporan ringkas berhubung siasatan jawatankuasa itu terhadap 1MDB bagi makluman orang ramai sebelum prosiding tersebut digantung kira-kira tiga bulan.

Pandikar berkata tindakan tersebut jelas bertentangan dengan Perintah Tetap Parlimen 85 yang tidak membenarkan penerbitan bukti secara pramatang sebelum jawatankuasa tersebut menyerahkan laporannya kepada Dewan Rakyat.

“Penerbitan laporan interim juga bertentangan dengan Akta Majlis Parlimen 1952 (Keistimewaan dan Kuasa) yang tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimen atau jawatankuasa untuk memberikan bukti di luar Dewan tanpa mendapat kebenaran dari Dewan Rakyat,” kata Pandikar dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Jumaat lalu, Pandikar berkata PAC tidak boleh meneruskan prosiding sehingga pengerusi baharu dilantik.

“Walaupun ahli-ahli PAC sedia ada memenuhi korum bagi jawatankuasa tersebut, tetapi kedudukan pengerusi dikosongkan dan oleh itu PAC tidak boleh meneruskan prosiding sehingga pengerusi baharu dilantik oleh Dewan Rakyat,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");