shadow

SHAH ALAM – Mereka yang akan menyertai Bersih 4.0 hari ini dan esok digesa untuk berhimpun secara berhemah dan tidak melakukan provokasi.

Penganjurnya, Maria Chin Abdullah berkata, perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan sebaliknya menuntut beberapa perkara secara aman.

“Saya menasihatkan peserta supaya tidak membawa senjata, memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak membawa anak.

“Kami ikhlas menjemput para penyokong kerajaan serta penjawat awam untuk bersama-sama rakyat marhaen bagi mendesak perubahan demi negara yang kita cintai,” katanya, semalam.

Menurutnya, himpunan itu akan bermula pada jam dua petang dan berakhir pada 11.59 malam 30 Ogos sebelum sambutan kemerdekaan.

Katanya, perhimpunan akan diadakan di lima lokasi berkumpul di ibu negara sebelum ke Dataran Merdeka.

“Lokasi tersebut ialah di Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan kompleks beli belah Sogo.

“Namun, kami tidak akan masuk ke Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya berada di pekarangan kawasan tersebut,” katanya.

Kata Maria Chin, 2,000 sukarelawan akan disediakan sebagai pemantau bagi menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.

“Pasukan bantuan kecemasan pula akan berada di kawasan strategik dan siap sedia dengan ambulan masing-masing sekiranya memerlukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *