Perak Hari Ini

Perlawanan Persahabatan: Pasukan Menteri Besar Perak Menang 4-1

IPOH: Pasukan Bola Sepak Menteri Besar Perak menjuarai perlawanan persahabatan menentang Pasukan Pilihan Muzium Malaysia sebentar tadi.

Pasukan Menteri Besar telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan gol empat berbalas satu.

Perlawanan persahabatan tersebut berlangsung di Stadium Perak, di sini, sebentar tadi.

5

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mempamerkan aksi tersendiri dalam perlawanan kali ini dan turut mendapat sorakan semangat daripada para penonton yang hadir.

Beliau turut berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan yang bermula pada jam 8.50 malam itu telah disaksikan oleh hampir 200 penonton.

Perlawanan persahabatan ini diadakan sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015 dan Perak selaku tuan rumah bagi penganjurannya tahun ini.

8-1

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan telah membuka tirainya bermula pada Jumaat lalu dan akan berakhir pada 6 Ogos depan yang bertempat di Ipoh Parade.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");