Jenayah

Puluhan mayat pendatang ditemui dalam trak

VIENNA – AUSTRIA. Sekurang-kurangnya 71 mayat pendatang yang sudah reput ditemui dalam sebuah trak yang ditinggalkan di lebuh raya Austria, dekat sempadan Hungary.

Menurut pihak berkuasa Austria, jumlah tersebut melebihi daripada anggaran awal antara 20 hingga 50 mayat.

Susulan penemuan mengejutkan itu, polis menahan tiga suspek disyaki anggota sindiket penyeludupan manusia.

Semalam, menurut laporan AFP, polis mengesahkan antara mayat yang ditemui adalah lapan wanita termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

Canselor Jerman, Angela Merkel, yang hadir pada sidang kemuncak bersama pemimpin Balkan bagi membincangkan krisis pendatang di Vienna berkata, beliau terkejut terhadap berita yang “mengerikan” itu.

““Ini adalah amaran supaya kita mengatasi isu pendatang ini dengan pantas dan dengan semangat Eropah, bermakna semangat solidariti dan mencari penyelesaian,” kata Merkel.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");