Perak Hari Ini

Royal Belum: Ekspedisi Penyelidikan Keempat Diadakan Pada September Depan

GERIK: Satu ekspedisi penyelidikan akan dianjurkan pada bulan September depan di Royal Belum.

Ekspedisi yang dianjurkan secara bersama dengan Perbadanan Taman Negeri Perak tersebut merupakan sebahagian daripada ekspedisi yang telah diadakan di beberapa kawasan di lokasi tersebut.

Menurut Ketua Operasi Belum Conservation (syarikat ahli kumpulan EMKAY Group), K. Mohanachandran berkata, ekspedisi yang memasuki penganjuran kali keempat tersebut akan berlangsung selama lebih daripada seminggu.

“Kita akan adakan ekspedisi ini pada 8 hingga 17 September 2015 akan datang,” katanya.

Beliau berkata, bilangan peserta yang menyertai ekspedisi pada kali ini adalah lebih ramai berbanding ekspedisi-ekspedisi yang diadakan sebelum itu.

“Jumlah peserta dijangkakan 140 peserta semua sekali, manakala para penyelidik dan pembantu pula seramai 85 orang.

“Penyertaan untuk kali ini adalah lebih sedikit kalau dibandingkan dengan ekspedisi kedua yang diadakan di Hutan Temengor hari itu yang melibatkan 120 peserta sahaja,” tambah beliau lagi.

PERAK TODAY 11

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berharap agar ekspedisi berkenaan dapat membawa lebih banyak penemuan.

“Kita harapkan pada kali ini ia akan membawa lebih ramai peserta dan juga akan membawa kepada lebih banyak penemuan daripada segi kepelbagaian bio yang ada dalam Royal Belum,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini.

Turut hadir sama, Pengarah Eksekutif Belum Conservation, Datuk Fazwinna Mustapha Kamal.

Beliau berkata, penemuan yang telah berjaya dilakukan oleh penyelidik dalam beberapa siri ekspedisi yang dilaksanakan sebelum itu telah pun dibukukan.

“Alhamdulillah kita sudah ada tiga ekspedisi dan kita telah bukukan kedua-dua ekspedisi berkenaan.

“Insyallah, untuk ekspedisi ketiga itu pula akan dilancarkan pada ekspedisi yang keempat nanti,” jelasnya.

Ujar Nolee lagi, ia dapat menjadi satu bukti kepada penemuan yang dibawa oleh para penyelidik untuk dikonsi secara bersama bukan sahaja di dalam negara malahan diperingkat antarabangsa.

“Kita dapat wartakan buku tersebut untuk kita kongsikan dengan dunia bahawa Royal Belum ini sebagai salah satu daripada pusat penyelidikan yang harus untuk mereka yang berada dalam bidang yang berkaitan,” tambah beliau.

Terdahulu, ekspedisi penyelidikan yang pertama telah dilaksanakan pada tahun 1993 oleh Persatuan Pencinta Alam (MNS) di kawasan Hutan Simpan Temengor.

Ekpedisi kedua pula telah dilakukan oleh Yayasan Pulau Banding (PDF) di lokasi yang sama bagi melengkapkan inventori Kompleks Hutan Belum-Temengor (BTFC) yang dipercayai berusia lebih daripada 130 juta tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");