Panasnya Hari Ini

Saman Najib Demi Jaga Nama Baik UMNO – Ainina

KUALA LUMPUR: Keputusan ahli UMNO Cawangan Padang Matsirat, Langkawi, Ainina Saadudin untuk menyaman  Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dikatakannya adalah untuk mahu menjaga kepentingan dan nama baik UMNO.

Dalam kenyataannya, Anina menjelaskan tindakan itu dibuat selepas tidak ada seorang pun ahli UMNO yang berkepentingan mengambil sebarang tindakan terhadap Presiden UMNO tersebut.

Tambahnya lagi, tindakannya itu adalah berhubung dengan derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang disalur masuk ke dalam akaun peribadi milik Najib.

Ainina turut menyatakan kekhuatirannya berhubung sikap presiden parti itu yang dikatakannya boleh menjejaskan imej UMNO.

“Saya lakukan semua ini kerana saya sayangkan UMNO. Saya percaya semua ahli UMNO sayangkan UMNO.

“Saya merayu agar mahkamah dapat memberikan keadilan kepada kami ahli-ahli UMNO dan memohon Datuk Seri Najib sebagai presiden bersikap jujur, amanah dan adil kepada ahli-ahli parti.

“Saya berdoa agar Allah S.W.T memberkati usaha saya ini dan memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada kita semua, Insyaallah,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday.

Terdahulu, Anina mendakwa, Perdana Menteri telah melakukan pecah amanah dan melanggar Perlembangaan UMNO apabila  menerima dan  wang RM2.6 bilion daripada penderma yang didakwa daripada Timur Tengah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");