Berita Hari Ini

Sasar tanam 11,000 anak pokok

KUANTAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan untuk menanam 11,000 anak pokok di 11 lokasi yang terpilih di seluruh Semenanjung dalam tempoh setahun.

Antara lokasi yang terpilih adalah Taman Tengku Anis, Kota Baharu, Taman Jublee, Alor Setar, Taman Rekreasi Gunung Lang, Perak, Taman Rimba Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur dan Taman Rekreasi Kuala Dungun, Dungun.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, ia adalah bertujuan untuk menghijaukan persekitaran dengan pokok-pokok iaitu dari jenis merawan siput jantan dan bintangor laut agar kemampanan alam sekitar dapat dipelihara.

Menurutnya, melalui program itu juga, ia adalah bukti komitmen TNB terhadap usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Melalui program Tree For A Tree ini, TNB akan menjalankan program penanaman pokok di taman-taman awam yang terpilih dengan kerjasama Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka) selain penglibatan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK).

“Taman Pasir di Kuantan menjadi lokasi pertama bagi program ini dan kita akan bergerak ke seluruh negara secara berperingkat,” katanya pada program Tree For A Tree di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob, Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dan Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Sharuddin Mohd Simin.

Leo Moggie berkata, TNB sudah terlibat dengan aktiviti menanam pokok sejak tahun 2007 dengan skala yang kecil dan menjadikannya sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Beliau berkata, sebagai syarikat korporat yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai, pihaknya juga bertanggungjawab untuk memberikan semula kepada pelanggan.

“Justeru, melalui program CSR ini, kita berharap dapat memberikan satu persekitaran yang segar dan indah kepada orang ramai,” katanya.

Pada majlis itu juga, seramai 300 sukarelawan yang terdiri daripada warga TNB, kakitangan MPK dan komuniti setempat hadir bagi menjalankan aktiviti menanam 1,000 anak pokok di Taman Pasif.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");