Berita Hari Ini

Sedih dikait komplot guling kerajaan

ALOR SETAR – “Sedih apabila ada pihak mengaitkan saya dalam isu komplot menggulingkan kerajaan,” kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz.

Menurutnya, spekulasi mengenai perkara itu adalah tidak benar dan sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya melihat ini adalah satu spekulasi yang sengaja dimainkan. Saya sendiri tidak sedar mengenai perkara itu sehinggalah tiba-tiba diajukan soalan mengenainya.

“Apakah ini satu cubaan nak kaitkan saya sebab berada di Jerlun kerana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga berada di situ,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan seminar kecemerlangan ibu bapa di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat Mada, di sini, semalam.

Beliau berkata spekulasi itu mungkin dibuat untuk menggambarkan mereka tidak sealiran tetapi masih tetap berpegang kepada dasar parti.

“Saya nafi terlibat dalam komplot guling kerajaan dan anggap isu ini sudah selesai. Tapi saya sedih sebab benda ini masih dilayan,” katanya.

Setiausaha Umno Kedah itu menzahirkan rasa bimbang tentang penyalahgunaan media sosial sehingga menibulkan spekulasi tdak benar.

“Walaupun kita berada di negara demokrasi yang kononnya kita boleh buat apa saja dengan syarat kita tidak kacau orang lain.

“Misalnya himpunan Bersih 4, mereka kata itu hak mereka untuk berdemokrasi. Tetapi hakikatnya mereka kacau orang sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya dan peniaga terjejas,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa terdapat gerakan guling kerajaan oleh pembangkang yang didalangi pemimpin BN termasuk Umno.

Othman adalah antara 20 senarai ahli parlimen BN yang didakwa berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");