Sukan Hari Ini

Skuasy: Malaysia Gagal Ke Final, Tewas Kepada Mesir

KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara gagal ke final apabila kalah 2-0 kepada juara bertahan Mesir pada saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 di Eindhoven, Belanda, Isnin.

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian sama pada edisi 1997 dan 1999 masing-masing di Brazil dan Belgium.

Pada saingan separuh akhir, juara remaja dunia, Nouran Gohar menghadiahkan mata pembukaan kepada Mesir apabila dengan mudah mengalahkan Andrea Lee dalam masa 21 minit dengan keputusan 11-0, 11-7 dan 11-4.

Mesir mengesahkan slot final menerusi Habiba Mohamed apabila mengalahkan pemain remaja utama negara, S. Sivasangari dengan 11-6, 11-5 dan 11-6.

Mesir, yang memburu gelaran ketujuh, akan bertemu dengan pemenang antara England dan Amerika Syarikat, yang dijadual lewat malam Isnin.

Sebagai rekod, Mesir telah merangkul kejuaraan tersebut sebanyak enam kali iaitu pada 1999, 2003, 2007, 2009, 2011 dan 2013. -mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");