Sukan Hari Ini

‘Tak rela terus kempunan’

Georgetown: Pulau Pinang enggan kecewa lagi, malah berhasrat melenyapkan penantian 11 tahun untuk merampas Piala Presiden apabila berdepan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Bandaraya, malam ini.

Kelebihan beraksi di laman sendiri pastinya memberi peluang pemain muda Harimau Kumbang kendalian ketua jurulatih S Vello mencipta sejarah tersendiri bersama penyokong setia, selain dibantu suntikan semangat kejayaan skuad senior layak ke Liga Super musim hadapan.

Vello berkata, pasukannya sudah bersedia fizikal serta mental dan menganggap peluang mencipta kemenangan sentiasa terbuka asalkan ada usaha gigih pemain.

“Saya tetap meletakkan peluang 50-50 walaupun percaya peluang ada untuk mencipta kemenangan, lebih-lebih lagi kami tiada masalah kecederaan pemain atau penggantungan.

“Pada masa sama kami perlu berwaspada cabaran Kelantan,” katanya.

Sementara itu kapten Pulau Pinang Abdul Qayyum Mohd Jabrullah berkata, rakan sepasukan bersemangat untuk menjulang trofi selepas kali terakhir melakukannya ketika pada 2004.

“Ada beberapa sebab untuk menang iaitu kejayaan pasukan senior melangkah ke Liga Super musim depan dan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

“Sokongan padu penonton dengan laungan ‘This is Bandaraya’ amat dituntut untuk menaikkan semangat pemain memburu kemenangan,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");