Perak Hari Ini

Tidak Perlu Terburu-buru Adakan Mesyuarat PAC -DS Zahid

BAGAN DATOH: Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak perlu diadakan dengan keadaan terburu-buru.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bersetuju dengan Speaker Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa PAC tidak boleh bersidang tanpa pengerusinya.

Ia berikutan kekosongan jawatan tersebut setelah perlantikan pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai yang lalu.

“Saya fikir kita tidak perlu terburu-buru untuk mengadakan mesyuarat seolah-olah ada agenda tersembunyi yang dibuat oleh mereka yang mendesak Speaker untuk PAC melakukan tindakan segera,” tegasnya.

4

Ujar Zahid lagi, institusi PAC seharusnya dihormati oleh semua parti politik di negara ini.

“Oleh yang demikian, tunggu keputusan yang dibuat oleh pihak Speaker supaya seorang ahli parlimen dilantik sebagai pengerusi PAC dan tiga lagi ahli-ahli PAC yang tidak berada dalam anggota PAC untuk dipilih bagi menggantikan tiga lagi jawatankuasa PAC yang sedia ada.

“Berikanlah keyakinan kepada speaker Dewan Rakyat untuk beliau berunding dengan ketua kerajaan iaItu Perdana Menteri untuk menentukan siapakah pengerusi seterusnya kerana tentu kita tidak mahu mempengaruhi sebarang siasatan dan keputusan yang dibuat oleh PAC,” jelas beliau lagi.

6

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini, hari ini.

Tambahnya, keterbukaan PAC tersebut perlu dipertahankan supaya persepsi yang negatif terhadap tanggungjawab PAC dapat diberikan ruang untuk terus diberikan dokongan oleh parti-parti politik dan juga rakyat negara ini.

Dalam pada itu, Zahid turut menyatakan bahawa keputusan perlantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga lagi ahli PAC sebagai barisan kabinet baharu tidak mempunyai agenda tersembunyi.

Tegasnya, kesemua yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengumuman yang diadakan pada 28 Julai yang lalu tersebut mengikut kelayakan yang dimiliki oleh mereka.

“Saya merasakan bahawa apa yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri itu perlu dihormati bukan sekadar kerana beliau mempunyai hak mutlak dalam penyusunan dan rombakan semula kabinet.

“Pertimbangan yang dibuat oleh Perdana Menteri, jika seseorang dimana pun kedudukannya sama ada dalam PAC ataupun lain-lain badan termasuk dalam GLC, jika layak untuk diletakkan didalam barisan kabinet dan pentadbiran, maka jangan dilihat bahawa ianya ada apa-apa agenda tersembunyi untuk menafikan hak dan kelayakan mereka untuk diberikan kedudukan sekarang,” tambah beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");