Membawang Hari Ini

Ucapan hari lahir kuatkan spekulasi Sharnaaz-Noor Nabila dilamun cinta

KUALA LUMPUR: Biarpun pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan khabar angin mengatakan beliau sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kakak Neelofa, Noor Nabila, namun mereka dilihat kerap memuat naik gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.

Terbaharu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memuat naik sekeping gambar serta catatan yang kuat mengatakan Sharnaaz dan Nabila kini sedang dalam fasa bercinta.

“My birthday gift.. Pricelesss,” tulis Sharnaaz di Instagram miliknya.

Sharnaaz yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, begitu gembira meraikan hari jadinya bersama Nabila. Kehadiran kakak kepada selebriti popular dalam hidup Sharnaaz itu ternyata menyinari kehidupan beliau.

Nabila turut memuat naik gambar di akaun miliknya dan begitu gembira dengan kehadiran Sharnaaz di sisi.

Hubungan cinta Nabila dan Sharnaaz mula dihidu ramai apabila mereka bersama hadir ke sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

“Happy birthday to someone I only recently got closer to. Someone who brightens up my days and brings light to my life. Someone who makes me do things ive never thought i would. Someone who taught me to love again and to love like never before. Someone who makes me feel safe and makes me laugh and smile again when i’d almost forgotten how to.

Thank you for everything you’ve given me,” tulis Nabila.

Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat pasangan ini kerana mereka dilihat begitu secocok bersama.

Sharnaaz sebelum ini membuat kenyataan ini menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat dan enggan melengahkan rancangannya itu.

Sebelum ini Sharnaaz mengumumkan beliau kembali solo selepas hubungannya dengan pelakon, Anis Al Idrus terputus hampir lima bulan lalu namun beliau enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");