Isu Panas

Umno Tidak Harus Berdiam Diri – Khaled Nordin

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamad Khaled Nordin menegaskan Umno tidak boleh berdiam diri jika rasuah menjadi budaya atau sekiranya amanah dikhianati.

Menurut beliau, sudah sampai masanya Umno bergerak beberapa langkah ke hadapan dengan menjadi lebih proaktif dan lebih dominan.

“Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati.

“Umno tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Khaled berkata, Umno juga harus tampil menyatakan apa yang sebenarnya terbuku di hati manakala kepimpinan parti perlu berlapang dada mendengar suara hati pendukung parti tersebut.

“Zaman ini bukan lagi zaman dimana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa. Sifat dan budaya feudal bukan budaya Umno.

“Budaya Umno adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah,” katanya.

Jelas beliau lagi, Umno juga bukan milik pemimpin di negara ini, sebaliknya ia milik rakyat.

“Jawatan tida ada turun menurun. Suka atau tidak, kita kena terima hakikat, Umno hari ini berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa.

Beliau berkata, krisis persepsi yang melanda parti kini menular sebagai krisis kewibawaan, rekahan kepada kesatuan parti yang mula jelas kelihatan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");