Panasnya Hari Ini

Ustaz Kazim Elias Bidas Kenyataan Azalina

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menyampaikan teguran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said,mengenai saranan yang dilontarkan olehnya kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) baru-baru ini supaya  tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Menerusi catatannya di Laman Facebook milik ustaz Kazim,  beliau berkata saranan itu adalah saranan ‘songsang’ kerana sebagai makhluk ALLAH kita disarankan mencegah kemungkaran biarpun ianya hanya dalam lakonan.

“Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.

“Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan,” catatnya lagi.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengeluarkan satu kenyataan berkata bahawa isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");