Membawang Hari Ini

Vacation: Filem komedi kekeluargaan

DIBINTANGI pelakon Ed Helms sebagai peneraju di samping Christina Applegate, Vacation mengisahkan tentang satu perjalanan percutian malang dalam sebuah keluarga yang tidak disangka-sangka.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Jonathan Goldstein dan John Francis Daley ini menceritakan tentang Rusty Griswold (Helms), seorang juruterbang tambang murah yang berusaha untuk mengembalikan keseronokan dalam keluarganya setelah mendapati ada kehambaran yang perlu diperbetulkan.

Griswold ingin mengejutkan isterinya Debbie (Applegate) dan dua anak lelaki mereka untuk mengunjungi taman tema kegemaran Amerika, Walley World.

Meski pun Debbie lebih mengimpikan percutian mewah seperti di London, dia terpaksa mengikuti kehendak suaminya dan pengembaraan dilakukan dengan menaiki kereta sewa yang pelik lagi menyusahkan.

Sepanjang perjalanan mereka menaiki kereta ke Walley World, mereka singgah ke beberapa lokasi dan ia meninggalkan kesan dan kenangan yang melucukan.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan hero filem Thor beraksi humor, di sinilah tempatnya kerana Chris Hemsworth berjaya melakonkan dengan baik peranannya sebagai Stone Crandall, seorang ahli politik yang gemar memikat.

Crandall berkahwin dengan adik perempuan Debbie dan mempamerkan kebahagiaan yang tidak berbelah bahagi di hadapan keluarga Griswold sehingga Debbie merasakan kekurangan dalam rumah tangga.

Di akhir cerita baharulah penonton mengetahui bahawa kebahagiaan yang ditonjolkan pasangan ini adalah bukan kebahagiaan sebenar, sebaliknya hanya bermuka-muka di hadapan orang lain untuk menutup kisah masing-masing.

Debbie dan anak-anaknya pula sering merasakan bapa mereka aneh dan pentingkan diri sendiri sedangkan bagi Griswold, sebagai seorang bapa beliau sanggup mengetepikan tawaran pekerjaan yang lebih lumayan semata-mata mahu memastikan masa beliau bersama keluarga tidak terjejas.

Bagi penulis, pengajaran di sebalik garapan cerita ini telah disampaikan dengan baik dan itulah yang sebenar-benarnya kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan, iaitu pengorbanan.

Penangan Applegate

Meski pun bukan dibarisi pelakon terkenal namun kekuatan Applegate masih berkesan.

Pujian buat pengarah fotografi Barry Peterson kerana menghidangkan pemandangan indah keluarga ini merentasi jeram dalam satu aktiviti yang hampir membunuh keluarga mereka.

Dalam kelucuan, penonton boleh merasakan getirnya keluarga ini menyelamatkan diri mereka dari terbunuh ke jurang air terjun tinggi.

Visual yang cantik menjadikan perjalanan cerita yang cukup menarik. Terdapat elemen seksualiti yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak meski pun filem ini diklasifikasikan sebagai P13.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");