Perak Hari Ini

Zon Wilayah Johan Keseluruhan Sempena Hari Muzium Antarabangsa 2015

IPOH: Zon Wilayah berjaya memenangi anugerah juara keseluruhan Kejohanan Sukan sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat Kebangsaan bagi tahun ini.

Majlis penutup sambutan berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ujar Zambry, kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dinilai dengan tahap pembangunan tetapi turut melibatkan komitmen yang ditunjukkan rakyatnya dalam memelihara sejarah.

Tambahnya lagi, kesedaran rakyat dalam memelihara sejarah perlu diberi penekanan kerana ia bakal menjadi batu asas bagi generasi akan datang untuk diteladani.

“Kalau kita lihat salah satu tanda negara-negara maju ialah kebangaan mereka dengan sejarah mereka. semakin maju mereka semakin timbul keinginan  tinggi dalam jiwa mereka untuk memelihara sejarah.

“Pengekalan bahan dan sumber sejarah adalah penting supaya generasi datang dapat melihat bagaimana perjalanan dan pembentukkan sesebuah bangsa dan juga negara itu sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015 pada Selasa malam.

Turut hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Wan Jamaluddin Wan Yusoff dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Multimedia dan komunikasi Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

PERAKTODAY33

Perak selaku tuan rumah bagi acara tahun 2015  menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik termasuklah penyediaan 23 gerai pameran bertempat di Ipoh Parade bermula 1 Ogos lalu.

Turut berlangsung acara seperti larian Muzium, Muzium bersama komuniti, perlawan bola sepak persahabatan  dan Heritage Walk.

Yayasan Warisan Johor memenangi anugerah gerai pameran dan kebudayaan terbaik manakala anugerah kontinjen terbaik dimenangi oleh Zon Sabah.

PERAKTODAY35

Objektif penganjuran sambutan Hari Muzium Antarabangsa adalah bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan muzium dalam kehidupan dan menarik minat masyarakat untuk sama-sama melindungi dan mengenali muzium serta aktivitinya dengan lebih dekat.

Negeri Kedah Darul Aman bakal menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Muzium Antarabangsa untuk tahun hadapan.

Pada majlis tersebut, Exco Pelancongan negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid turut menerima bendera tuan rumah Hari Muzium Antarabangsa peringkat Kebangsaan 2016 tanda simbolik selaku tuan rumah untuk acara tersebut pada tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");