Perak Hari Ini

283 Ekor Lembu Sumbangan Untuk korban Perdana 2015

IPOH: Sebanyak 283 ekor lembu iaitu berjumlah sebanyak RM995,500 telah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk korban Perdana 2015 peringkat negeri hari ini.

Sumbangan telah diterima oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Sebanyak tujuh agensi antaranya terdiri daripada agensi kerajaan negeri menyumbang kepada korban Perdana sempena hari Raya aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi.

PERAKTODAY35

Antara badan yang tampil memberi sumbangan iaitu Lembaga Air Perak (LAP) yang diwakili oleh Pengurusnya Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa menyumbang sebanyak 80 ekor lembu berjumlah RM280,000.

Manakala Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri  Perak turut menyumbang sebanyak 100 ekor lembu berjumlah RM350,000 yang diwakili oleh Ketua Pegawai eksekutifnya Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

KPerak Inc turut menyumbang sebanyak 20 ekor lembu berjumlah RM70,000 yang telah disampaikan kepada Menteri Besar oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazaruddin Mohd yusoff.

Turut menyumbang Perbadanan Menteri Besar MB Inc iaitu sebanyak 28 ekor lembu berjumlah RM100,000 disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim.

Terdahulu, berlangsung majlis Ilmu dan solat berjemaah bersama anak yatim dan pelajar Tahfiz di kediaman Menteri Besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");