Jenayah

3 lelaki culik kanak-kanak kena penjara seumur hidup, 6 sebatan

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak warga Belanda, tiga tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan menerusi peguam bela Datuk Hanif Hashim, Rejinder Singh dan K T Wong, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kamardin dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh melampaui sebarang keraguan munasabah.

Chong Tat Siong, 27, yang bekerja sendiri, dan dua rakannya, Foong Khar Fai, 22; Lee Phak Seng, 27, didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");