Jenayah

40,000 liter diesel dirampas

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Labuan merampas 40,000 liter diesel dengan anggaran nilai sebanyak RM72,000 berhampiran tebing Sungai Klias, Beaufort pada kira-kira 11 malam Selasa.

Enam lelaki, seorang daripadanya warga Indonesia dan bakinya warga Malaysia, ditahan dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun, dan bagi kesalahan berulang, denda RM200,000 atau penjara lima tahun bagi individu.

Diesel itu yang masih dalam siasatan sama ada ia diesel bersubsidi, dipercayai cuba diseludup keluar dari Labuan.

Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan Kapten (Maritim) Che Adnan Md Isa berkata turut dirampas ialah sebuah bot tunda dan dua lori tangki yang digunakan untuk pemindahan haram bahan api seludup.

Beliau memberitahu sidang akhbar hari ini, bot tunda itu dipintas berhampiran Sungai Klias dari perairan Labuan semasa operasi rutin ‘Ops Sejahtera’ setelah anggota APMM ternampak bot tunda itu belayar dalam keadaan mencurigakan dari Labuan menuju ke tanah besar Sabah hampir tengah malam.

“Anggota penguat kuasa kami memerhatikan kapal itu dan mengikutinya sehingga Sungai Klias dan memang mengejutkan apabila kami mendapati ada tiga lori tangkisedang menunggu bot untuk memindahkan bahan api,” katanya, dan menambah, dua daripada lori tangki itu berjaya ditahan manakala sebuah lagi melarikan diri.

“Kesemua mereka ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang membenarkan mereka mengangkut bahan api,” katanya.

Sementara itu Pengarah Operasi APMM daerah Labuan Komander Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata sekurang-kurangnya 1,100 pemeriksaan dijalankan pada tahun ini dengan 33 tangkapan dibuat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");