Berita Hari Ini

865 perumahan terima risalah asing sisa pepejal

KUANTAN – Sebanyak 865 daripada 1,100 kawasan perumahan di seluruh negeri Pahang telah menerima risalah pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca yang bermula serentak di tujuh buah negeri, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, baki kawasan yang terlibat akan menerima risalah masing-masing menjelang hujung bulan ini.

“Selain mengandungi maklumat mengenai arahan pelaksanaan program berkenaan, risalah tersebut juga memberitahu cara-cara untuk mengasingkan sisa pepejal.

“Buat masa ini, kami hanya akan memberi peringatan mesra kepada mereka yang tidak mengasingkan sisa pepejal masing-masing dan tindakan kompaun sebanyak RM50 hanya akan dikenakan pada mereka yang berdegil bermula 1 Jun tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca Peringkat Negeri dan Kempen Pengumpulan Satu Juta Botol bertemakan ‘Satu Juta Botol Satu Impian’ peringkat negeri Pahang di Kompleks Dagangan Indera Mahkota di sini, hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");