Isu Panas

Azmin Ali malu dan jijik dengan Himpunan Rakyat Bersatu

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali malu dan jijik dengan Himpunan Baju Merah yang melaungkan sorakan berbaur perkauman dan meluahkan tidak puas hati terhadap bangsa lain.

Katanya, sepatutnya sambutan Hari Malaysia disambut dengan penuh kegembiraan bagi meraikan perpaduan masyarakat majmuk yang telah lama terbina.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan adakah Himpunan Rakyat Bersatu itu sebagai suatu langkah terbaik untuk mengembalikan maruah Melayu.

“Adakah ini idea terbaik UMNO untuk menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri dengan menggunakan sentimen anti-Cina dan anti-DAP serta bertindak melakukan provokasi seperti berarak di Plaza Low Yat dan Petaling Street,” katanya dalam kenyataan media.

Timbalan Presiden PKR itu turut mempersoalkan adakah Himpunan Rakyat Bersatu bertujuan menyuarakan betapa hebatnya suara orang Melayu atau untuk memburuk-burukkan bangsa Cina dan pimpinan mereka.

“Adakah ini cara UMNO untuk menunjukkan kemuliaan Islam dengan mengatakan kata-kata bersifat rasis?,” katanya.-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");