Sukan Hari Ini

Ban Mero mahu pertahan gelaran

PENINJU terkenal nombor satu negara, Amirul Ariffin atau lebih dikenali dengan gelaran Ban Mero Kuda Merah PDRM dijangka berdepan cabaran sengit menjelang Kejohanan DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge 2015 di Stadium Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, malam ini.

Beliau sebelum ini berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan yang ditaja Syarikat GC Max daripada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah selama tiga siri, bakal dicabar kembali pada kejohanan kali ini.

Menurut Setiausaha Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Firdaus Yaacop, Ban Mero yang terkenal dengan kepantasan siku amat digeruni kebanyakan lawannya dari dalam dan luar negara.

“Sukar untuk mencari regu ini namun kali ini beliau akan dicabar peninju dari Afrika Selatan, Ncedo Gomba yang kini dikatakan hebat di negaranya.

“Diharapkan peminat Ban Mero akan turun beramai-ramai bagi memberi semangat serta menyaksikan perlawanannya secara langsung di stadium,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");