Perak Hari Ini

Bayi Perlu RM50,000 Untuk Jalani Pembedahan Jantung

KUALA KANGSAR: Seorang bayi berusia tujuh bulan yang menghidapi penyakit jantung berlubang memerlukan sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos pembedahan yang berjumlah RM50,000.

Nur Fatihah Damia Mohamed Fairos dari Kampung Padang Ketior Luar, di Kuala Kangsar telah dikesan menghidapi penyakit ‘Venticular Septal Defect (VSD)’ ataupun lubang di ruangan jantung yang menyebabkan kelemahan pada jantungnya beberapa hari selepas dilahirkan.

Bapanya, Mohamed Fairos Mohamed Mustafa,35, berkata, anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik itu berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan segera.

PERAK TODAY 5

Ujarnya lagi, beliau hanya mempunyai tempoh tiga minggu bagi mengumpulkan dana untuk pembedahan tersebut yang dijangka akan dilakukan di sebuah hospital di Pulau Pinang berikutan tiada kekosongan di Institut Jantung Negara (IJN).

Fairos berkata, terdapat dua lubang sebesar 0.8 milimeter pada jantung anaknya dan bayi itu hanya mampu minum susu formula yang dibekalkan oleh pihak hospital.

“Mia tak boleh makan makanan yang keras dan hanya boleh minum susu melalui saluran tiub yang disambung daripada hidung terus ke perutnya.PERAK TODAY 3

“Tiub itu juga perlu ditukar dua minggu sekali di Hospital Kuala Kangsar,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui dirumahnya di sini, hari ini.

Beliau yang hanya melakukan kerja-kerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk menampung kos pembedahan berkenaan.

“Dia (Mia) sekarang ini bergantung pada ubat dan dos yang digunakan juga tinggi, jadi dia perlu menjalani pembedahan dengan segera.

PERAK TODAY 1“Selagi lubang di jantungnya tidak ditutup, selagi itulah berat badannya tidak akan naik dan juga terdedah kepada jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya lagi.

Fairos dan isterinya Wahida Ahmad, 32, yang merupakan suri rumah sepenuh masa sangat mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk menampung kos pembedahan anaknya itu.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk membantu anak saya supaya dapat menjalani pembedahan dan hidup seperti kakak-kakak dan abangnya yang lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 158097873426 atas nama Mohamed Fairos Mohamed Mustafa atau boleh menghubunginya di talian 019-4963730 atau 016-4967803.

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");