Sukan Hari Ini

Bot Bawa 20 Pati Dikesan Dekat Pulau Angsa

HUTAN MELINTANG: Walaupun usaha mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Sabak Bernam sedang dijalankan, bot lain yang membawa kira-kira 20 pendatang asing tanpa izin (Pati) dikesan berhampiran Pulau Angsa.

“Kejadian itu berlaku kira-kira 30 hingga 40 batu nautika dari sini.

“Bot kami mengejar dan menahan 20 orang pada pukul 5.30 pagi, ” kata Laksamana Pertama Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan.

Pihak berkuasa menahan 16 lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak yang masing-masing berumur dua dan empat tahun.

Semua mereka telah dibawa ke ibu pejabat di Klang untuk siasatan.

Mohd Aliyas berkata pasukan APMM yang berasingan juga menahan lima nelayan Indonesia dekat Pulau Angsa kerana menceroboh ke dalam perairan Malaysia pada Khamis kira-kira pukul 8 malam.

Mohd Aliyas berkata APMM masih aktif dengan tugasnya walaupun sebahagian besar daripada asetnya terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat kira-kira 30 warga Indonesia yang masih hilang di laut.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");