Membawang Hari Ini

Cabaran kali ini lebih sukar

Kejayaan program Super Spontan memberi inisiatif buat pencetusnya, Afdlin Shauki menghasilkan Super Spontan All Stars.

Berlangsung selama 10 minggu, program ini berjaya mengumpul 14 pelawak dan selebriti yang pernah terbabit dalam Super Spontan sebelum ini.

Menampil­kan tujuh peserta untuk setiap kumpulan, kumpulan yang menggelar diri mereka Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab berjaya menyelesaikan perlawanan mereka untuk minggu pertama yang berlangsung di Studio Visual Three, Bukit Serdang, Selangor, Jumaat lalu.

Disiarkan setiap Jumaat jam 10 malam, penonton boleh menyaksikannya secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kumpulan Kungfu Kipidap menampilkan Reza Zainal selaku pengurus dan dianggotai Johan, Tauke, Shahrol Shiro, Rahim R2, Abam Bocey, Uqasha Senrose dan Nana Mahazan, manakala Rashid Salleh tampil sebagai pengurus Silat Dongibab yang dianggotai Zizan Razak, Pak Yus, Ajak Shiro, Along Cham, Achey Bocey, Jihan Muse dan Yasmin Hani.

Lima permainan ditampilkan antaranya Sketsa Berboneka, Pilihan Lain, Maju Mundur, Dahiku Dahimu dan Kaki Tiru untuk minggu pertama.

Afdlin yang juga pengulas bersama Ray dan Hanif berkata, konsep program masih sama dengan musim lalu.

“Walaupun permainan kali ini lebih sukar, saya mahu mereka yang terbabit akan lebih selesa supaya mereka dapat melakukan cabaran dengan lebih ‘gila’ lagi.

“Apa yang penting program ini boleh dijadikan aktiviti untuk keluarga di rumah juga. Apatah lagi dengan keadaan sekarang masyarakat lebih banyak disogok dengan gajet sehingga masing-masing terleka.

“Melalui program ini mereka dapat melakukannya bersama-sama ahli keluarga atau kawan-kawan yang lain,” katanya.

Nana undi diri sendiri

Tiada penyingkiran bagi minggu pertama Super Spontan All Stars, namun nama Nana dipilih sebagai peserta yang layak terkeluar.

Akui kurang memberikan persembahan menarik, Nana berkata, dia sendiri turut mengundi namanya sebagai peserta pertama yang patut keluar.

“Saya sudah dapat rasa dari awal persembahan saya seperti kurang memuaskan hati. Berbanding yang lain, mereka tampil dengan persembahan yang mendapat sorakan ramai.

“Apa pun saya sudah melakukan yang terbaik dan peluang tidak tersing­kir minggu ini saya harap menjadi semangat untuk saya melakukan lebih baik lagi pada minggu depan,” katanya.

Berbeza dengan pelakon Uqasha Senrose, dia tidak menyangka sorakan penonton memberikan petanda bagus bahawa dia boleh berlawak.

“Saya memang tidak terfikir boleh membuat orang ketawa. Pembabitan saya dalam program ini sekadar mencuba sesuatu yang baru.

“Rasa terkejut apabila bukan nama saya yang diumumkan sebagai yang tersingkir. Gembira juga dengan perkembangan ini.

“Selepas ini saya akan lebih banyak mengkaji dan meneliti permainan yang ada pada musim sebelum ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");