Perak Hari Ini

CERT Perak Persediaan Komuniti Hadapi Bencana

IPOH: Sebanyak 161 buah kampung daripada seluruh Daerah di negeri ini telah dipersiapkan dengan penubuhan pasukan Tindakbalas Kecemasan peringkat Komuniti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Perak (JPAM) atau singkatannya CERT Perak sebagai persediaan awal dalam pengurusan bencana.

Majlis perasmiaan penubuhan CERT Perak tersebut telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di sini hari ini.

PERAKTODAY

Ujarnya, penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara pada 2 September lalu adalah bertujuan untuk mewujudkan struktur yang sistematik dan bersepadu dalam hal ehwal pengurusan bencana negara.

Tambahnya lagi penubuhan CERT di peringakt komuniti akan dilancarkan di seluruh negeri termasuklah Kelantan dan Pahang.

Tambah Shahidan lagi,ianya merupakan satu perubahan besar melibatkan penubuhan CERT di peringkat komuniti yang akan diuruskan oleh JPAM,Jawatankuasa kemajuan keselematan kampung (JKKK), JKKP, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diwujudkan.

“Pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah kekal dipengerusikan masing-masing oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengawai Daerah.

“Semua sekali di peringkat komuniti di lantik dalam masa dua minggu supaya sukarelawan dan pekerja tetap berada di peringkat komuniti untuk meneruskan tanggungjawab menguruskan bencana di peringkat komuniti.

“Termasuklah di peringkat kampung, rumah pangsa, rumah awam, taman dan mesti ada sekurang-kurangnya satu pasukan,” katanya.

Tambahnya lagi, aset kebanyakannya berada di Pejabat Daerah dan kini akan digerakkan kepada peringkat komuniti.

Ujarnya lagi, lokasi penyimpanan makanan sebelum banjir yang kebanyakkan terletak di kawasan bandar dan Pejabat Daerah akan diagihkan pula untuk disimpan di pusat simpanan komuniti.

“Kalau berlaku banjir, pihak komuniti sendiri yang akan menguruskan perpindahan dan proses masakan serta dibantu oleh JPAM bersama pihak kebajikan bagi pengurusan stor dan pusat perpindahan banjir.

PERAKTODAY1

Tegasnya lagi, pembelian aset akan dilakukan dalam angka yang  besar melibatkan pembelian lori 8 tan dan penambahan anggota kepada 2,000 ahli bagi membantu sebagai proses persediaan bagi menghadapi sebarang bencana.

Katanya lagi, bot juga akan digunakan oleh generasi muda sebagai sesi latihan dan langkah persediaan menghadapi banjir.

Tambahnya lagi, minda juga kini dikhuatiri turut dilanda ‘bencana’ dan  kerajaan  perlu mendapatkan ubatan dan langkah mengatasi minda yang dihadapi bencana.

“Orang yang baik cakap kasar dalam facebook, orang yang tidak pernah tuduh orang, tuduh orang macam satu bencana.

“Mengikut interpretasi masing-masing, apakah penggunaan internet secara melampau itu menyebabkan bencana?,” katanya.

PERAKTODAY2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");