Sukan Hari Ini

De Gea kempunan

Madrid: Rancangan perpindahan penjaga gol Manchester United, David de Gea ke Real Madrid terhalang awal pagi semalam apabila dia tidak disenaraikan dalam pendaftaran perpindahan Liga Profesional Sepanyol.

Madrid dilihat mampu menamatkan kemelut perpindahan itu dengan perjanjian yang menyaksikan kelab gergasi sepanyol itu membayar hingga 30 juta euro (RM140.8 juta) terhadap De Gea, dengan penjaga gol kebangsaan Costa Rica, Keylor Navas (gambar) berpindah ke United.

Laporan awal menyebut dokumen yang diperlukan untuk memuktamadkan perpindahan itu tidak dilengkapkan sebelum jendela perpindahan Sepanyol ditutup awal pagi semalam.

Bagaimanapun, laporan lanjut dalam media Sepanyol mendakwa Madrid akan cuba membuktikan kepada pihak berkuasa bahawa dokumen diperlukan sudah diberikan sebelum tarikh tutup.

De Gea hanya berbaki setahun dalam kontraknya di Old Trafford bermakna dia boleh menyertai Madrid secara percuma tahun depan jika perpindahan itu tidak menjadi kenyataan kali ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu tidak tampil dalam mana-mana enam perlawanan United setakat ini musim ini dengan pengurus Louis van Gaal mendakwa penjaga gol berusia 24 tahun itu tidak fokus di kelab gergasi Inggeris itu berikutan minat Madrid terhadapnya.

Juara Eropah 10 kali itu mencari penjaga gol baru selepas kapten Sepanyol, Iker Casillas menamatkan tempoh 25 tahun bersama kelab itu dengan menyertai FC Porto, Julai lalu.

De Gea menyertai United dari kelab musuh Real, Atletico Madrid pada 2011 dan di sebalik permulaan hambar dia menyerlah kemudiannya, memenangi anugerah pemain terbaik undian peminat dan pemain bagi dua musim terakhir.

Namun dia enggan menandatangani kontrak baru bersama United kerana keinginannya untuk kembali ke Sepanyol bersama Real.

Kemelut antara dua kelab berterusan dengan United melahirkan minat terhadap kapten Real, Sergio Ramos sebelum dia menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani kontrak baru lima tahun bersama Los Blancos.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");