Sukan Hari Ini

EPL: Wenger tetap yakin Arsenal mampu mara meskipun tumbang di Zagreb

ZAGREB: Arsene Wenger tetap yakin pasukan bimbingannya akan mampu mara dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, meskipun tewas kepada Dinamo Zagreb di sini, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Tuan rumah memastikan kemenangan 2-1 ke atas juara Piala FA England itu di Stadium Maksimir menerusi jaringan sendiri Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-24 dan Junior Fernandes pada minit ke-58.

Jaringan sagu hati skuad The Gunners pula menerusi Theo Walcott pada minit ke-79.

“Apabila anda tidak menang, anda kena melihat kembali diri sendiri dan memikirkan perkara tidak betul itu, ” kata Wenger.

“Saya tidak percaya pemain yang tampil di sini, bermain dengan buruk. Cuma ia tidak menjadi.

Kami tiada keserasian dalam keadaan tertentu. Kami tidak tampil dalam keadaan baik dan mungkin juga pengadil. “Tapi kami masih boleh mara tanpa sebarang masalah,”.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pembuangan Olivier Giroud lima minit sebelum rehat, Wenger menyifatkan ia satu keputusan yang terburu-buru.

“Tindakan membuang padang itu adalah terburu-buru,” katanya. “Memang dia membuat kekasaran. Kad kuning pertama adalah kesilapan Giroud kerana dia membantah.

“Biarpun ia bukan kesalahan membabitkan dirinya, dia tidak sepatutnya bertindak balas terhadap keputusan pengadil. Bagi kad kedua, dia tidak bernasib baik kerana menyentuh pemain itu. Saya tidak faham dengan pengadil.

Ia tidak disengajakan,”.

Dinamo Zagreb mendahului Arsenal sebaik babak kedua bersambung dan terus bertahan sehingga ke wisel penamat meskipun pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi Walcott pada lewat permainan. – AGENSI

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");