Sukan Hari Ini

Facebook FAM diserang peminat

FACEBOOK Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air susulan kekalahan memalukan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Rata-rata peminat melahirkan rasa kecewa terhadap prestasi pasukan dan meminta sesuatu dilakukan oleh FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

“Bagi pemilik akaun Facebook bernama Syam Azhar melahirkan rasa malu terhadap kekalahan yang dialami pasukan negara.

“Apa sudah jadi.. Memalukan, bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi 10. Mana silapnya?

“Adakah ini satu uji kaji. Nampak usaha untuk melawan tapi takkan sampai tak berbalas,” katanya.

Bagi pemilik akaun Facebook bernama Acet de Reds pula meminta FAM melakukan perubahan agar sukan bola sepak kembali bersinar.

“Ayuh FAM… lakukan sesuatu, makin kebelakang bola sepak Malaysia,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");