Panasnya Hari Ini

Gugurkan Muhyiddin & Shafie Apdal Tindakan Tidak Bijak

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia, Tan Sri Mohamad Aziz yang juga Speaker Dewan Negeri Johor memohon agar Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka diadakan pada 9 September depan perlu membuat membuat keputusan bijak berhubung kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ujarnya, selaku Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia yang telah berjuang di dalam parti selama 55 tahun, tentunya beliau mahu melihat ahli Umno terus bersatu padu.

“Umno sebagai sebuah parti sentiasa relevan dalam perjuangannya baik sebelum dan selepas merdeka, mengisi kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan watan tercinta,” katanya dalam satu sidang media bertempat di Pejabat Speaker Dewan Negeri Johor semalam.

Katanya lagi, Parti keramat itu terus kekal dengan asas perjuangan bangsa, agama dan negara disamping menghormati dan mempertahankan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama.

“Parti yg menjadi tunjang perkongsian kuasa bersama parti komponen demi kesejahteraan hidup rakyat bernegara sejak dulu, kini dan selamanya.

Ulasnya lagi, Umno menjadi kuat kerana didokong oleh ahli yang taat dan setia disamping barisan kepimpinan yang bertanggungjawab, dan sentiasa mengutamakan kepentingan parti secara bijaksana.

Beliau turut menyarankan agar kepimpinan Umno seharusnya menjadi payung bagi melindungi kepentingan parti dan ahli dan bukannya menjadi golongan elit yang hanya mahu dipuja puji.

Mohamad turut menegaskan bahawa tindakan menggugurkan dua pemimpin itu daripada kabinet sudah mewujudkan suasana tidak selesa dan meruntuhkan semangat ahli parti.

“Ahli dan akar umbi resah dengan perkembangan dipihak barisan tertinggi. Suara keresahan boleh didengari disetiap pelusuk negeri setiap hari.

” Majlis tertinggi akan mengadakan mesyuarat pada 9 September akan datang dan diberitakan bahawa majlis tertinggi akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya.

Ujarnya sekiranya ianya  berlaku pastinya keputusan tersebut adalah satu keputusan tidak bijak ahli majlis tertinggi yg tentu akan menimbulkan kemarahan parti malah tindakan tersebut juga bertentangan dengan slogan Umno.

“Ahli parti amat berharap majlis tertinggi tidak akan mengambil keputusan yang merugikan parti.

” Majlis tertinggi perlu mendengar suara hati ahli dan rakyat akar umbi bagi meletakkan kembali perjuangan parti dilandasan yg disegani dan lebih dihormati,” katanya.

Tambahnya lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merupakan orang lama dan mempunyai pengalaman luas dalam Umno.

Beliau turut merasakan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan melemahkan sokongan ahli Umno.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");