Perak Hari Ini

Guna Kuasa Rakyat Pada PRU Nanti-PM

PASIR SALAK: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia diadili oleh rakyat melalui piliharaya umum (PRU) dan bukannya menerusi tindakan demonstrasi jalanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata kuasa rakyat ‘people power’ hanya akan terbukti menerusi pillihanraya umum.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian Festival Rakyat@Pasir Salak bertempat di Litar Dato Sagor di sini hari ini.

PERAKTODAY3

 

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk diadili dan dihukum oleh rakyat menerusi pilihanraya akan datang.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalannya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Saya sanggup dengan rakan-rakan untuk di adili waktu pillihanraya.kalau tak suka saya boleh bertanding di Pekan,” katanya.

Tambahnya lagi, bandingan terhadap sokongan rakyat bukan hanya dengan berdasarkan kepada satu penganjuran perhimpunan sahaja.

“25 ribu berkumpul di Kuala Lumpur tidak boleh jadi ukuran kerana sokongan rakyat meliputi seluruh kawasan dari Perlis sampai ke Sabah.

“Orang Pasir Salak juga boleh bagi isyarat bahawa orang Pasir Salak tetap bersama-sama kerajaan.

PERAKTODAY1

“Suara rakyat Pasir Salak juga mesti diambil kira bukan sahaja rakyat yang berhimpun di Kuala Lumpur itu sahaja,” ucapnya Najib lagi.

Tambahnya lagi, desakan menerusi kuasa rakyat yang berhajat untuk menukar kerajaan memerlukan sokongan daripada semua.

“Isu 1MDB mesti kita perbetulkan, jangan dengan hanya satu isu sahaja tetapi kita mesti lihat keseluruhan. Isu itu pasti dapat diselesaikn sedikit masa lagi.

“Saya minta beri tempoh untuk selesaikan, tak akan beberapa bulan tak boleh diberikan,” katanya.

Ujar Najib lagi, peruntukan bagi membantu rakyat tidak pernah dilupakan malah perbandingan hari ini ternyata lebih baik berbanding ketika krisis pada tahun 1997 namun ketika itu rakyat bersabar dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kerajaan.

PERAKTODAY4

“Kita sabar beri kenyakinan dan rakyat beri kepercayaan kepada kerajaan untuk selesaikan masalah,” katanya.

Tambahnya lagi, kemerdekaan juga akan terlepas dari tangan kita jika semua pihak tidak bersatu.

“Saya tidak keseorangan dalam perjuangan ini saya yakin,” katanya diakhir ucapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");