Jenayah

Kedai 24 jam rugi RM800

SEGAMAT – Sebuah kedai 24 jam di Jalan Buloh kasap, di sini, rugi kira-kira RM800 apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian sekitar jam 1.50 pagi, 26 Ogos lalu.

Penyelia kedai itu, Wong Tong Heng, 45, berkata, ketika kejadian hanya ada seorang pekerja lelaki berumur 20an sedang bertugas di kaunter dan kebetulan tiada pelanggan.

“Tiba-tiba, seorang lelaki yang memakai topi keledar sambil memegang parang meluru ke kaunter kedai dan memaksa pekerja saya menyerahkan wang tunai yang ada.

“Lelaki itu juga ambil beberapa kartun rokok di kaunter dan mengugut mahu mencederakan pekerja saya jika kehendaknya tidak dituruti,” katanya.

Menurutnya, perbuatan lelaki itu berjaya dirakam CCTV yang dipasang di kedai tersebut.

Tong Heng berkata, dia juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");