Sukan Hari Ini

Kelayakan Euro 2016: Robben tersisih lebih sebulan

BERLIN: Pemain sayap lincah Bayern Munich, Arjen Robben terpaksa berehat lebih sebulan apabila berdepan kecederaan pangkal paha ketika beraksi bersama Belanda pada perlawanan Kelayakan Euro 2016, semalam.

Lebih malang, Belanda tewas 1-0 pada perlawanan itu kepada Iceland.

Doktor Bayern, Volker Braun mendedahkan Robben berdepan masalah otot yang serius ketika di Amsterdam memaksanya tersisih daripada kancah saingan Bundesliga lebih empat minggu.

Robben, 31 digantikan selepas 30 minit permainan berlangsung dengan kekalahan itu menambah sukar pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2014 itu untuk layak ke pusingan akhir.

Belanda dijadualkan bertemu Turki, awal pagi Isnin ini dengan kedua-dua pasukan bergelut untuk layak secara automatik dalam Kumpulan A. Iceland ketika ini menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan 18 mata diikuti Republik Czech, 16 mata.

Belanda di tempat keempat dengan mengumpul 10 mata diikuti Turki, sembilan mata. – AFP

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");