Jenayah

Keprihatinan dibalas tikaman pisau Rambo

Kuantan: Bilal parah ditikam di belakang badan dengan pisau Rambo oleh seorang lelaki akibat salah faham dalam kejadian di depan tapak pesta ria (funfair) di Tanah Putih, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam dan mangsa, Tengku Shafiq Tengku Adam Azil, 21, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menurut sumber, mangsa pergi ke tapak pesta berkenaan kira-kira 9.30 malam selepas selesai bertugas sebagai bilal di Masjid Tepian Putra, di sini dan bertemu tiga rakannya di situ.

“Apabila tiba di tapak berkenaan mangsa memaklumkan terjumpa sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan kunci masih berada di bahagian tempat duduknya sebelum menyimpan kunci berkenaan.

“Difahamkan, mangsa ada memuatnaik status mengenai perkara berkenaan di Facebook dan keluar dari pesta ria itu pada 11.30 malam namun pemiliknya masih tidak kelihatan,” katanya.

Mangsa menunggu selama satu jam dan meletakkan nota dengan tertera nombor telefon untuk dihubungi di atas motosikal berkenaan sebelum tiba-tiba datang seorang lelaki dan menikamnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");