Sukan Hari Ini

Malapetaka tayar

Monza: Juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton memberi amaran bahawa lebih banyak malapetaka akan berlaku jika masalah berkaitan tekanan angin tayar tidak dititik beratkan selepas Grand Prix Belgium yang berlangsung dua minggu lalu dicemari insiden berkaitan tayar yang digunakan pelumba.

Pirelli yang menyalahkan bahan asing serta penggunaan melampau sebagai punca kegagalan yang dialami pelumba Ferrari Sebastian Vettel dan rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Nico Rosberg dua minggu lalu, membuat cadangan supaya perubahan terhadap tekanan dan ‘camber’ dilakukan di Grand Prix Itali minggu ini.

Pemandu menjangkakan peningkatan dari 18 PSI ke 22 untuk tayar depan dan 21 untuk tayar belakang atau 23 serta 22.

“Dalam soal meningkatkan tekanan terhadap angin tayar, saya tidak fikir ia adalah kaedah terbaik,” kata Hamilton.

“Saya tidak fikir ada di antara kami yang berani mencuba untuk meningkatkan lima PSI atau lebih terhadap tayar kerana ia tidak direka begitu.

“Kita sedang cuba untuk melakukan perkara yang lebih dari kemampuan tayar itu sendiri. Kita cuba untuk menggunakan setiap ruang di dalam tayar dan ia bermakna tayar berkenaan akan kurang mencengkam. Sudah tentu ia adalah satu malapetaka. Justeru, saya berharap mereka tidak meletakkan lebih dari lima PSI. Satu atau dua mungkin tidak mengganggu.”

Selepas perlumbaan di Spa, Vettel berkata, insiden tayar jenteranya yang meletup sama sekali tidak boleh diterima.

Juara dunia empat kali itu yang sedang bersiap untuk mengharungi aksi di Itali buat kali pertama selaku pelumba Ferrari selepas berpindah dari Red Bull, sekali lagi mempertahankan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

“Saya rasa adalah tidak munasabah apabila tayar boleh meletup dalam kelajuan sebegitu,” kata Vettel.

“Tetapi saya rasa siasatan yang sedang dilakukan serta pelbagai analisa yang dibuat, akan dapat mendedahkan punca sebenar walaupun mungkin ia tidak akan dapat mencari punca secara keseluruhan.”

-http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");