Jenayah

Maut ketika cuba selamat adik lemas

KAMPAR – Dua beradik maut akibat lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Batu Berangkai di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai N Yogen, 22, dan abangnya, N Kannan, 23, mandi di kawasan air terjun terbabit bersama lima rakan yang lain.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Klang, Selangor, meraikan pertunangan abang kepada salah seorang rakan mereka di Tapah.

“Berdasarkan keterangan saksi, Yogen melompat ke dalam air namun, secara tiba-tiba mangsa terus meronta-ronta kerana hampir tenggelam serta cuba dibantu rakan yang lain namun, gagal.

“Melihat adiknya itu, abang mangsa terjun untuk menyelamatkan adiknya sebelum kedua-duanya tenggelam ke dalam air,” katanya.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Kampar menemui kedua-dua mangsa tersangkut di dasar sungai.

“Keadaan hujan lebat menyukarkan operasi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa dikeluarkan sejam kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan,” katanya.

Katanya, Yogen adalah pelajar Universiti Multimedia (MMU) dalam Jurusan Teknologi Maklumat, manakala abangnya baru sahaja tamat pengajian di Universiti Selangor (Unisel).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");